Sabtu, 24 Maret 2018

ANCAMAN ROKOK KEPADA MANUSIA DAN PERSEKITARAN
Rokok tidak dapat dipisahkan daripada kesan-kesan buruk dan bahayanya di samping bahan-bahan beracun dan memudaratkan yang terkandung di dalam setiap batang rokok. Umumnya, setiap orang faham dan mengerti akan hakikat ini. Namun masih ramai yang memilih untuk meneruskan tabiat merokok atau masih hendak mencuba perbuatan merokok, seolah-olah mereka merelakan tubuh mereka dirosakkan oleh bahana rokok ini. Padahal mereka mempunyai pilihan untuk menyelamatkan diri dengan tidak merokok. Di sini saya ingin memaparkan kesan-kesan rokok  yang hampir semuanya sedia maklum telah dibuktikan oleh kajian-kajian yang telah dijalankan hampir di setiap negara terutama Malaysia mengenai bahaya dan kemudaratan rokok agar dapat menjadi iktibar kepada setiap orang terutamanya perokok.
Pengetahuan tentang bahana tembakau terhadap kesihatan baru muncul di awal abad ke-20. Pada tahun 1939, Doktor Franz H. Muller dari Jerman untuk pertama kalinya membuktikan melalui kajian epidemiologis, bahawa merokok berkaitan dengan kanser paru-paru. Setelah itu, terdapat banyak kajian yang dilakukan berkait dengan kesan buruk atau bahaya rokok yang ternyata tidak hanya menyebabkan kanser paru-paru sahaja tetapi juga penyakit-penyakit memudaratkan yang lainnya.
Antara kesan rokok kepada kesihatan ialah berisiko menghidap penyakit jantung. Rokok menimbulkan aterosklerosis atau terjadinya pengerasan pada pembuluh darah. Keadaan ini merupakan penggumpalan zat lemak di arteri, lemak dan plak menghalang aliran darah dan membuat penyempitan pembuluh darah. Hal ini mengakibatkan penyakit jantung. Jantung harus bekerja lebih keras dan tekanan berlebihan dapat menyebabkan sakit dada. Jika satu arteri atau lebih menjadi terhalang, serangan jantung boleh terjadi. Semakin banyak rokok yang dihisap dan semakin lama seseorang merokok, semakin besar risikonya meningkatkan penyakit jantung .
Merokok mengakibatkan Strok kerana bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah. Dari segi saintifik, kesan nikotin menyebabkan dinding salur darah menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar dan tersumbat di dalam otak. Sebahagian badan mungkin akan lumpuh atau kes yang lebih kritikal ialah berkemungkinan maut.

Kesan rokok seterusnya ialah penyakit paru-paru. Risiko terkenapneumonia, emfisema, dan bronkitis kronis meningkat kerana tabiat  merokok. Asap rokok yang disedut selama bertahun-tahun menyebabkan sel-sel di kerongkong menjadi rengsa dan berubah kepada sel abnormal iaitu sel kanser yang berupaya memusnahkan sel-sel normal lain. Penyakit paru-paru ini dapat terjadi dan bertambah buruk dari masa ke masa sehingga pesakit tersebut akhirnya meninggal kerana menderita sakit tersebut. Orang ramai yang berumur lingkungan 40 tahun boleh mendapat emfisema dan bronkitis, tetapi gejala penyakit ini biasanya akan jauh lebih memudaratkan di kemudian hari, menurut American Cancer Society.

Selain menyebabkan barah paru-paru, rokok juga meningkatkan risiko serangan penyakit barah yang lain  seperti barah mulut, bibir, usus esofagus, dan kerongkong. Merokok juga dikaitkan dengan kanser ginjal pankreas, pangkal rahim (servik), dan kanser darah (Leukimia). Satu kajian menunjukkan bahawa perokok lebih mudah mendapat penyakit gusi. Penyelidikan mendapati bahawa jangkitan di celah gusi dan gigi kerap berlaku kepada perokok. Ini adalah kerana, penyakit periodontal, iaitu keadaaan di mana gusi beransur-ansur termusnah dan menyebabkan kehilangan gigi. Merokok mengurangkan keupayaan seseorang menghindar daripada serangan bakteria ke atas gusinya membawa kepada kesan yang lebih parah iaitu berlaku Leukoplakia (tempekan putih di sekitar mulut) serta barah mulut.
Di samping itu, penyakit Diabetes juga boleh dikaitkan dengan tabiat merokok. Kajian menunjukkan merokok meningkatkan risiko terjadinya diabetes menurut Claveland Clinic. Rokok juga menyebabkan komplikasi daripada diabetes, seperti penyakit mata, penyakit jantung, stroke, penyakit pembuluh darah, dan penyakit ginjal.
Sementara itu, rokok juga boleh menyebabkan kebutaan. Seorang yang merokok dapat meningkatkan risiko degenerasi makula iaitu penyebab kebutaan yang di alami orang tua. Kajian yang di terbitkan dalam "Archives of Opthamology" pada tahun 2007 menemukan, orang yang merokok terjadidegenerasi makula, retina, dan  pusat ketajaman penglihatan 4 kali lebih besar diba
Kesan rokok kepada wanita juga mengundang ancaman yang lebih buruk. Merokok  boleh menyebabkan kemandulan kepada wanita. Bagi wanita yang hamil, merokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan ibu, malah turut menjejaskan anak kandungannya. Rokok boleh menyebabkan gangguan kepada janin. Hal ini adalah kerana merokok mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan dan keselamatan janin dalam kandungan. Asap rokok yang beracun meningkatkan risiko keguguran, kematian janin, bayi lahir berat, badan rendah dan kematian bayi mendadak. Ini adalah kerana bahan-bahan seperti nikotin yang diserap ke dalam tubuh ibu berupaya merentasi uri ibu untuk bertindak ke atas bayi yang masih di dalam kandungan. Kesannya, keadaan ini menyebabkan perkembangan otak anak terencat semasa dalam kandungan, anak yang dilahirkan mengalami masalah pernafasan  dan boleh mengakibatkan kematian mengejut.
Asap rokok juga mengancam kanak-kanak sebagai perokok pasif. Perokok pasif adalah orang yang menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok secara tidak langsung. Kepekatan bahan kimia beracun seperti bahan karsinogen, nikotin, karbon monoksida, benzen, formalsehid dan hidrogen sianid yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Ini adalah kerana, asap rokok akan disedut ke dalam paru-paru tanpa  ditapis . Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. Mereka mungkin terpaksa menghidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi.
Gangguan pernafasan juga sering terjadi kepada seseorang yang menghidu asap rokok yang terlampau banyak. Rokok juga menjadi salah satu penyebab kematian. Merokok meningkatkan risiko kematian berpunca daripada penyakit paru-paru kronik sehingga 10 kali ganda. Dan sekitar 90% kematian penyakit paru-paru kronik di sebabkan oleh merokok. Mengikut perangkaan, umumnya lebih ramai perokok mati akibat tabiat merokoknya dan dalam usia yang agak muda. Satu kajian yang telah dilaporkan di Britain, mendapati separuh daripada bilangan perokok mati lebih awal kerana tabiat merokok. Malah mengikut laporan lain, di Britain bagi setiap tiga kematian di bawah umur 65 tahun, satu dikaitkan dengan merokok . Menurut laporan WHO pula, lebih daripada separuh iaitu kir
a-kira 500 juta penduduk dunia yang akan mati akibat merokok, berumur kurang daripada 70 tahun. Perangkaan di Malaysia pula menunjukkan bahawa barah dan penyakit jantung adalah dua penyakit yang banyak meragut nyawa rakyat di negara ini dan rokok adalah satu-satunya sebab utama. (Dzulkifli Abdul Razak 1996 : 26)ndingkan orang yang bukan perokok.
  Kelemahan saraf otot juga boleh berlaku pada perokok. Dalam badan kita dua sistem saraf iaitu orthsympthetic dan parasympthetic kedua mempunyai tindak balas yang berlawanan, saraf orthsympthetic merangsang tindakan anggota badan, manakala saraf parasympthetic sebagai menghalangnya. Apabila terdapatnya pengaruh nikotin, kedua-dua saraf ini akan bertindak ke satu arah menyebabkan manusia melakukan sesuatu tanpa kawalan dari otak lagi. Orang yang telah lama merokok, resapan nikotin menimbulkan kesan yang jelas dari segi psikologi, iaitu apabila ia berhenti merokok keadaan bertukar menjadi garang, muram dan gelisah.
Kesan rokok juga mengakibatkan mati pucuk bagi lelaki. Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin yang menyebabkan penggantungan dan ketagihan. Nikotin juga menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat seterusnya mengakibatkan mati pucuk. Hal ini adalah kerana kualiti sperma akan terganggu dan kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah. Para penyelidik Medical University of South Carolina di Charleston melaporkan bahawa kaum lelaki yang merokok satu bungkusan rokok sehari atau lebih, spermanya (air mani) kurang berupaya menembusi ovum (benih perempuan).
KESAN ROKOK TERHADAP ALAM SEKITAR
Selain membahayakan kesihatan diri, merokok juga boleh mencemarkan persekitaran. Asap rokok akan menyebabkan pencemaran udara. Jadi, bukan hanya mereka yang merokok yang mendapat keburukan malahan, orang sekeliling turut merasa kesukaran untuk mendapatkan udara yang bersih dan segar.
Tambahan pula, puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan alam sekitar seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti demam denggi.
 Selain itu, alam sekitar akan kelihatan kotor dan akan menyebabkan datangnya masalah pencemaran air dan lain- lain. Sebagai contoh, apabila sistem pengairan terganggu, bencana alam boleh berlaku seperti banjir kilat.
Merokok juga menyumbang sebanyak 25 peratus kepada kes kebakaran. Ini boleh dilihat apabila mereka yang merokok kurang rasa tanggungjawab untuk membuang puntung rokok yang masih berbara di merata-rata tempat. Kebakaran juga menyebabkan peningkatan kandungan karbon dioksida dan karbon monoksida meningkat dan penghuni bumi akan merasai kekurangan oksigen untuk bernafas dan menaikkan suhu bumi sekaligus mengakibatkan pelbagai bencana alam akibat perbuatan manusia sendiri.








Tidak ada komentar:

Posting Komentar

  Cerita nyata dan sedih tentang kisah cinta diriku Aku seorang wanita. Aku sudah lama tidak menjalin kisah cinta dengan siapapu...